|
.
Jual nama JAMIS. Pihak JAMIS UPM mengucapkan jutaan terima kasih kepada GAMIS dan Kampus Negara kerana menjual nama JAMIS UPM ke serata pelosok Malaysia dan Dunia.
Kesilapan teknikal. Ada kesilapan yang mungkin tidak disengajakan oleh pihak editor Idealis-Mahasiswa mengenai tajuk kontroversi Gamis! Beware, you’re been watching!- Jamis[foto] - oleh Shukri Salleh.
Kontroversi ini terjawab apabila Saudara Shukri Salleh dalam emailnya kepada editor JAMIS UPM, memohon maaf atas kesilapan teknikal yang berlaku, dan pihak JAMIS UPM serta sidang editorial telah memaafkan saudara.
Email ini telah dikirim beliau kepada 3 pihak; 1. editor JAMIS UPM; 2. editor Idealis-mahasiswa.net, dan; 3. Ida (JournalisMuda_KN).
Desak Ida dan Tarmizi mohon maaf secara terbuka. Buat Ida wartawan muda Kampus Negara, hubungilah Saudara Tarmizi sekali lagi. Anda berdua, bersama-samalah memohon maaf kepada pihak kami dalam satu siaran artikel di Kampus Negara kerana memfitnah kami melalui teks;
"JAMIS tidak berupaya untuk menjawab perbandingan yang dibuat ke atas mereka, disebaliknya mereka hanya menjawab dengan hujah yang sebegitu merapu, sebaliknya mereka berjanji untuk menjaga GAMIS dengan artikel mereka yang terbaru ‘Gamis! Beware, you’re been watching!- JAMIS’."
Ada banyak lagi perkara yang anda perlu belajar.
Lihatlah mahasiswa sedunia. Lihatlah. Tuduhan liar sebegini akan menyebabkan pertubuhan GAMIS dibenci umat mahasiswa.
Pihak kami sedia memberikan kemaafan dan keampunan jika anda berdua memohon maaf secara terbuka.
Penutup. Pihak JAMIS UPM juga mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Saudara Shukri Salleh kerana bermurah hati untuk melonjakkan nama baik JAMIS UPM dalam siaran artikel saudara di Idealis-Mahasiswa.net.
Saudara juga dijemput untuk menghantar artikel kepada pihak kami.
Wallahua'lam,
Muammar Anepp bin Abdullah, Presiden, Jaringan Mahasiswa Islam SeMalaysia UPM, JAMIS UPM.
|